Khamis, 21 Mac 2013

Apa Itu KOLAGEN


 Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN

menghasilkan asid amino  penting seperti :
lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
menampung air dalam tubuh.
meningkatkan penyerapan kalsium.
menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
meningkatkan isyarat induksi
menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
memelihara kelembapan kulit
menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
menguatkan otot dan tulang
membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
memelihara  kelenturan sendi
mengurangkan keradangan(inflammation)
memberi tenaga
membantu pola tidur
memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

TANDA TANDA PENUAAN

kulit kusam
tak bermaya
tiada seri
kulit kedut dan mula kendur
pigmentasi kulit
cepat letih dan lesu
sakit badan dan sendi
mudah lupa
kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Sabtu, 5 Januari 2013

Bina Kosmetik Jenama Anda Sendiri

AGY Biotech Sdn Bhd adalah singkatan daripada ‘ Agresif, Gemilang, Yakin ’ dan merupakan sebuah kilang yang mengeluarkan Produk Kecantikan dan Dandanan Diri bertaraf GMP Matlamat utama AGY Biotech adalah untuk mengeluarkan Produk Kecantikan dan Dandanan Diri untuk para pengusaha yang mahukan penjenamaan sendiri di pasaran. 

Dengan adanya R&D  dan pelbagai kemudahan lain, AGY Biotech Sdn Bhd kini menawarkan Perkhidmatan Penjenamaan Sendiri bagi Produk Kosmetik & Dandanan Diri kepada sesiapa saja yang berminat. Kami turut menyediakan khidmat rundingan mengenai Penjenamaan, Formulasi Produk, Maklumat Produk dan Pembungkusan Produk.

AGY Biotech Sdn Bhd juga terlibat dengan Badan-badan Penyelidikan dan bekerjasama di dalam 'Research & Development' bagi Produk Kosmetik & Dandanan Diri yang berasaskan herba.Kami bersedia untuk menerima tempahan Produk khusus untuk dijenamakan kepada Jenama anda, Kelulusan Kementerian Kesihatan dan Sijil Halal disediakan.

Kepada yang berminat sila hubungi Pn.Sasha di no  013 3773414.

Selasa, 17 Julai 2012

KHASIAT KULIT KAYU MANIS


Ketahuilah anda mengenai khasiat kulit kayu manis kepada kesihatan kita meskipun kegunaannya lebih banyak tertumpu kepada masakan orang Asia. Selamat membaca :)




·         Teh - Rendam 1/4inci kayu manis (0.6cm) yang ditumbuk separuh lumat dalam 1 cawan air panas selama 10 hingga 20 minit. minum 1 cawan teh itu setiap kali sebanyak 3 kali sehari.
·         Air Rebusan – Rebus 30 gram kulit kayu manis dengan 2 cawan air sehingga isipadu air berkurang kepada 3/4 daripada isipadu asal. Kemudian bahagikan air itu kepada 3 bahagian agar boleh diminum 3 kali sehari.
·         Kapsul - Masukkan serbuk dalam kapsul bersaiz satu. Ambil satu hingga dua kapsul setiap kali sebanyak 3 kali sehari.
·         Serbuk - Makan 1/2 camca serbuk bersama air suam setiap kali 3 kali sehari.
·         Luaran - Larutkan tidak melebihi 5 titik minyak esen dalam 15ml (1 camca makan) minyak pelarut yang diektstrak daripada sayur-sayuran. Kemudian sapu pada tempat yang berkenaan mengikut keperluan.


Khamis, 2 Februari 2012

Apa Itu Apple Stem Cell?

APA ITU STEM CELL?
Stem Cell boleh didapati dari tali pusat bayi yang baru dilahirkan, juga dari sel organ dan sel sumsum tulang manusia. Darah di dalam tali pusat bayi adalah sumber sel stem yang sangat bernilai dan secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarganya sahaja. Stem cell juga boleh diambil dari sel haiwan seperti arnab.

Namun, penyelidikan tentang stem cell semakin giat dijalankan oleh saintis dunia dan akhirnya kini stem cell tidak lagi diambil dari stem manusia atau haiwan, tapi diambil dari buah-buahan, dan buah yang paling popular dan paling banyak digunakan untuk menghasilkan stem cell ialah BUAH EPAL.

APA ITU APPLE STEM CELL?

Di Switzerland rata-rata penduduknya mengamalkan memakan sejenis buah epal diberi nama Uttwiler Spatlauber yang membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan. Buah epal Uttwiler Spatlauber ini sangat istimewa kerana ia berupaya kekal segar dalam tempoh 6 hingga 8 bulan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk. Lebih menarik buah ini kaya dengan phytonutrien, protein dan mempunyai sel hidup yang tahan lama.

Apple Stem Cell berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit.

Apple stem cell ini juga berupaya memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan penyakit sendi.

Apple stem cell mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan disamping menggalakkan penghasilan sel baru. Ia juga boleh membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).

Ini kerana, menurut hasil kajian epal bukan sahaja dianggap sebagai bahan antioksida malah ia juga mampu mencegah penyakit barah. Secara tidak langsung ia boleh menghalang sel dalam badan daripada mengalami kerosakan dan mematikan bahan radikal bebas yang berbahaya.

Buah epal juga mengandungi elemen kesihatan ohytonutrient yang boleh melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Selain itu, buah epal turut memiliki khasiat tersendiri yang bertindak mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan. Ia juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Apple stem cell sememangnya berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar disamping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.

Ahad, 8 Januari 2012

MAHKOTA DEWA: Atasi Penyakit Kulit

Mahkota dewa atau nama saintifiknya Phaleria macrocarpa atau nama lain Phaleria papuana boleh dijumpai di halaman rumah sebagai tanaman hiasan atau juga di kebun-kebun sebagai tanaman peneduh.

Ia dikatakan tumbuh subur di tanah gembur dan subur pada ketinggian 10 hingga 1,200 meter dari paras laut. Pohonnya tumbuh menegak dengan ketinggian satu hingga 2.5 meter. Pokoknya juga boleh mencecah jangka hidup sehingga puluhan tahun.

Bagaimanakah rupanya?


Daun mahkota dewa adalah dari jenis tunggal, letaknya berhadapan, bertangkai pendek, hujung dan pangkal daun runcing, tepinya rata, permukaan daun licin dan daunnya berwarna hijau tua.

Bunganya keluar sepanjang tahun dan letaknya tersebar di batang, berukuran kecil, berwarna putih dan harum.

Buahnya berbentuk bulat dan permukaannya licin. Ketika muda buahnya berwarna hijau dan bertukar merah setelah masak.

Isinya berwarna putih, berserat dan berair.

Bijinya pula berbentuk bulat, keras dan berwarna coklat.



Bahagian yang boleh digunakan pada tanaman ini untuk dijadikan ubat ialah bahagian daun, isi dan kulit buahnya. Daun dan kulit buah boleh digunakan secara segar atau yang telah dikeringkan, sedangkan isi buahnya digunakan setelah dikeringkan. Bijinya pula beracun, dimana buahnya jika dimakan mentah boleh menyebabkan bengkak di mulut, mabuk dan boleh menjadi kejang sehingga pengsan.

Khasiat-khasiatnya

Kulit buah dan isi buah dikatakan boleh digunakan untuk merawat psoriasis dan jerawat. Manakala daun dan bijinya pula dikatakan boleh digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema dan gatal-gatal.

Kajian juga mengatakan bahawa daun dan kulit mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin, flavonoid dan juga polifenol. Selain itu ia mengandungi zat antihistamin yang diketahui merupakan penyembuh alahan. Ia juga mengandungi khasiat yang menghilangkan gatal dan anti kanser.

Mahkota dewa juga dikatakan mampu merawat demam selesema, reumatisme dan juga kanser rahim peringkat akhir. Walaubagaimanapun, penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah yang boleh memudaratkan kesihatan diri.


Sumber: Foto (Google)

Norsuraya Desa. (2008). 1001 Misteri Alam. Selangor: Buku Prima Sdn. Bhd.

Isnin, 26 Disember 2011

BAHAN KIMIA DALAM KOSMETIK

1| GLISERIN (GLYCERIN)

APA ITU GLISERIN?


Gliserin adalah satu bahan kimia yang paling bernilai diketahui manusia. Gliserin mempunyai 1500 kegunaan, dengan fungsi sebagai bahan ramuan dan bahan bantuan proses di dalam kosmetik, 'toiletries', barangan kegunaan peribadi, ubat-ubatan dan produk makanan. Mempunyai sifat seperti jernih, tidak berbau, pekatan cecair yang mempunyai rasa manis.

Ia juga merupakan cecair yang agak pekat yang boleh membeku jika disejukkan. Ia akan melarut di dalam air atau alkohol tetapi tidak di dalam minyak. Gliserin boleh diperoleh daripada sumber semulajadi (lemak tumbuhan dan haiwan) iaitu semasa penghasilan asid lemak, sabun dan lemak alkohol. Walaubagaimanapun ia boleh dihasilkan secara sintetik daripada petrokimia.

Gliserin digunakan sebagai emollient (agen pelembap) dalam krim pelembap tangan. Antara produk yang menggunakan gliserin sebagai bahan ramuan seperti ubat gigi, krim muka, krim pencukur, produk dandanan rambut dan sabun.

Bagi produk yang dihasilkan di Malaysia kebanyakannya menggunakan gliserin daripada kelapa sawit terutamanya untuk produk makanan dan kosmetik.

KELEBIHAN
» Melembutkan kulit
» Melembapkan kulit
» Selamat
» Sesuai untuk semua peringkat umur dan semua jenis kulit

KELEMAHAN
» Sabun cepat terhakis apabila direndam atau terdedah pada udara


2| METHYLPARABEN

APA ITU METHYLPARABEN?

Methylparaben merupakan sejenis bahan pengawet yang digunakan dalam proses membuat bahan-bahan kosmetik. Ia juga boleh didapati di dalam beberapa bahan makanan yang diproses selain bahan farmaseutikal (ubat-ubatan). Pengawet Methylparaben memang terdapat di dalam kebanyakan produk kecantikan seperti deodoran, syampu, losyen badan serta mandian. Tugas utama ia adalah untuk membunuh dan mengelakkan pertumbuhan kuman.

Methylparaben telah digunakan sebagai pengawet dalam industri kosmetik yang sering terdapat dalam pelembap muka, produk anti-penuaan, pewarna rambut, produk pemutihan kulit, pembersih muka, syampu dan perapi, maskara, pembayang mata dan alas bedak.

KELEBIHAN
» Mencegah pertumbuhan bakteria dan menghindari produk kosmetik daripada berkulat

KELEMAHAN
» Sabun cepat terhakis apabila direndam atau terdedah pada udara
» Bertindak balas dengan UV B hingga boleh mengakibatkan peningkatan kerosakan DNA dan penuaan kulit jika digunakan secara berlebihan



3| SODIUM LAURETH SULPHATE (SLES)


APA ITU SODIUM LAURETH SULPHATE?

Sodium Laureth Sulphate (SLES) banyak terdapat pada produk pencuci muka yang mana bahan ini memberikan kesan buih yang banyak.

KELEBIHAN
» Murah dan merupakan agen pembuih yang sangat efektif

KELEMAHAN
» Mengeringkan kulit
» Membolehkan berlakunya radang kulit terutamanya pada mereka yang berkulit sensitif


4| WANGIAN (FRAGRANCE)



APA ITU WANGIAN?

Hampir setiap produk yang berkaitan dengan wanita mempunyai wangian seperti sabun, barangan kosmetik, syampu, penyembur rambut, dan sebagainya. Tujuan wangian hanyalah untuk menghasilkan bau wangi pada si pemakai, barangan kegunaan peribadi atau udara di sekeliling. Wangian juga menambahkan rasa "bersih" apabila menggunakan produk kebersihan diri terutamanya selepas mandi. Namun, kebanyakan kita tidak menyedari yang ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan teru­tamanya bagi wanita mengandung.

Setiap produk wangian mengandungi bahan kimia wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation. Peratus kandungan kimia wangian adalah di antara satu hingga 30% dan ini bergantung kepada jenis produk. Namun daripada analisis makmal yang dilakukan didapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti benzena, aldehid dan kimia toksik lain. 

KELEBIHAN
» Memberikan keyakinan kepada si pemakai
» Terasa lebih ceria dan bersih
» Menonjolkan sifat misteri dan romantik

KELEMAHAN
» Memberikan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, keguguran, penyakit sistem saraf seperti parkinson, alzheimer dan lain-lain
» Memberi kesan keracunan kepada manusia melalui pernafasan dan sentuhan kulit sama ada secara akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang)


Kebaikan Herba-herba dalam Kosmetik

TUTUP BUMI

Nama saintifiknya ialah Elephantopus scaber. Tumbuhan tutup bumi mudah dikenali kerana daunnya berbulu di kedua-dua permukaan dan bergerigi di tepi. Tumbuhan tutup bumi mudah tumbuh di kawasan padang rumput, tepi jalan ataupun di tanah terbuka. Ia bukan sahaja mudah ditemui malah tumbuhan ini sememangnya mempunyai khasiat yang sesuai untuk penjagaan kesihatan diri seperti merawat selesema, sakit tekak, batuk, dan anemia (wanita dan kanak-kanak). Ia juga mampu merawat haid yang tidak teratur serta sering digunakan oleh wanita selepas bersalin kerana kebaikannya yang dapat mengecutkan rahim.
 

LENGKUAS


Tumbuhan yang berumpun dan boleh mencapai ketinggian hingga 2.5 meter. Lengkuas boleh tumbuh di kawasan dataran rendah hingga ke kawasan tanah tinggi sekitar 1200 meter dari paras laut. Ia membiak melalui rizomnya iaitu batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Terdapat dua jenis lengkuas, lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan selalunya berwarna putih manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah yang lebih besar. Lengkuas memerlukan tanah yang bersaliran baik dan agak gembur untuk membantu pertumbuhan rizomnya.

Kegunaan:

Lengkuas mempunyai khasiat untuk membersihkan darah, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dalam jamu dan ubat atau produk kosmetik untuk menguatkan tenaga. Lengkuas juga dapat digunakan untuk menghangatkan badan. Lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin, mempermudahkan pengeluaran angin dalam badan, dan mengurangkan masalah senggugut.

HALIA

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.

DAUN KUNYIT

Dalam perubatan, kunyit digunakan sebagai anti-oksidan, anti-bakteria, anti-radang dan anti-kanser. Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka dalam badan, membersih dan menghalang pembekuan darah, melancarkan perjalanan darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selsema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan juga kudis.


LIMAU PURUT
Limau purut digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak anti-tumor atau pencegah kanser, limau purut juga berupaya merawat  luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah, selain dapat menghilangkan bau badan.
SERAI WANGI

Pokok ini lazim ditanam untuk kegunaan masakan. Selain penambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan. Dipercayai daunnya yang ditumbuk lumat apabila dipupuk pada dahi mampu meredakan sakit dan ketegangan kepala. Malah bisa-bisa badan atau sengal sendi-sendi mampu diubati melalui cara itu. Air perahan serai berkesan mengelak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Mereka yang tidak lawas membuang air kecil boleh minum air rebusan daun dan akar serai. Malah ia mencegah perut daripada kembung. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk syampu rambut serta mewangikan pakaian.