Isnin, 26 Disember 2011

BAHAN KIMIA DALAM KOSMETIK

1| GLISERIN (GLYCERIN)

APA ITU GLISERIN?


Gliserin adalah satu bahan kimia yang paling bernilai diketahui manusia. Gliserin mempunyai 1500 kegunaan, dengan fungsi sebagai bahan ramuan dan bahan bantuan proses di dalam kosmetik, 'toiletries', barangan kegunaan peribadi, ubat-ubatan dan produk makanan. Mempunyai sifat seperti jernih, tidak berbau, pekatan cecair yang mempunyai rasa manis.

Ia juga merupakan cecair yang agak pekat yang boleh membeku jika disejukkan. Ia akan melarut di dalam air atau alkohol tetapi tidak di dalam minyak. Gliserin boleh diperoleh daripada sumber semulajadi (lemak tumbuhan dan haiwan) iaitu semasa penghasilan asid lemak, sabun dan lemak alkohol. Walaubagaimanapun ia boleh dihasilkan secara sintetik daripada petrokimia.

Gliserin digunakan sebagai emollient (agen pelembap) dalam krim pelembap tangan. Antara produk yang menggunakan gliserin sebagai bahan ramuan seperti ubat gigi, krim muka, krim pencukur, produk dandanan rambut dan sabun.

Bagi produk yang dihasilkan di Malaysia kebanyakannya menggunakan gliserin daripada kelapa sawit terutamanya untuk produk makanan dan kosmetik.

KELEBIHAN
» Melembutkan kulit
» Melembapkan kulit
» Selamat
» Sesuai untuk semua peringkat umur dan semua jenis kulit

KELEMAHAN
» Sabun cepat terhakis apabila direndam atau terdedah pada udara


2| METHYLPARABEN

APA ITU METHYLPARABEN?

Methylparaben merupakan sejenis bahan pengawet yang digunakan dalam proses membuat bahan-bahan kosmetik. Ia juga boleh didapati di dalam beberapa bahan makanan yang diproses selain bahan farmaseutikal (ubat-ubatan). Pengawet Methylparaben memang terdapat di dalam kebanyakan produk kecantikan seperti deodoran, syampu, losyen badan serta mandian. Tugas utama ia adalah untuk membunuh dan mengelakkan pertumbuhan kuman.

Methylparaben telah digunakan sebagai pengawet dalam industri kosmetik yang sering terdapat dalam pelembap muka, produk anti-penuaan, pewarna rambut, produk pemutihan kulit, pembersih muka, syampu dan perapi, maskara, pembayang mata dan alas bedak.

KELEBIHAN
» Mencegah pertumbuhan bakteria dan menghindari produk kosmetik daripada berkulat

KELEMAHAN
» Sabun cepat terhakis apabila direndam atau terdedah pada udara
» Bertindak balas dengan UV B hingga boleh mengakibatkan peningkatan kerosakan DNA dan penuaan kulit jika digunakan secara berlebihan



3| SODIUM LAURETH SULPHATE (SLES)


APA ITU SODIUM LAURETH SULPHATE?

Sodium Laureth Sulphate (SLES) banyak terdapat pada produk pencuci muka yang mana bahan ini memberikan kesan buih yang banyak.

KELEBIHAN
» Murah dan merupakan agen pembuih yang sangat efektif

KELEMAHAN
» Mengeringkan kulit
» Membolehkan berlakunya radang kulit terutamanya pada mereka yang berkulit sensitif


4| WANGIAN (FRAGRANCE)



APA ITU WANGIAN?

Hampir setiap produk yang berkaitan dengan wanita mempunyai wangian seperti sabun, barangan kosmetik, syampu, penyembur rambut, dan sebagainya. Tujuan wangian hanyalah untuk menghasilkan bau wangi pada si pemakai, barangan kegunaan peribadi atau udara di sekeliling. Wangian juga menambahkan rasa "bersih" apabila menggunakan produk kebersihan diri terutamanya selepas mandi. Namun, kebanyakan kita tidak menyedari yang ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan teru­tamanya bagi wanita mengandung.

Setiap produk wangian mengandungi bahan kimia wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation. Peratus kandungan kimia wangian adalah di antara satu hingga 30% dan ini bergantung kepada jenis produk. Namun daripada analisis makmal yang dilakukan didapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti benzena, aldehid dan kimia toksik lain. 

KELEBIHAN
» Memberikan keyakinan kepada si pemakai
» Terasa lebih ceria dan bersih
» Menonjolkan sifat misteri dan romantik

KELEMAHAN
» Memberikan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, keguguran, penyakit sistem saraf seperti parkinson, alzheimer dan lain-lain
» Memberi kesan keracunan kepada manusia melalui pernafasan dan sentuhan kulit sama ada secara akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang)


Kebaikan Herba-herba dalam Kosmetik

TUTUP BUMI

Nama saintifiknya ialah Elephantopus scaber. Tumbuhan tutup bumi mudah dikenali kerana daunnya berbulu di kedua-dua permukaan dan bergerigi di tepi. Tumbuhan tutup bumi mudah tumbuh di kawasan padang rumput, tepi jalan ataupun di tanah terbuka. Ia bukan sahaja mudah ditemui malah tumbuhan ini sememangnya mempunyai khasiat yang sesuai untuk penjagaan kesihatan diri seperti merawat selesema, sakit tekak, batuk, dan anemia (wanita dan kanak-kanak). Ia juga mampu merawat haid yang tidak teratur serta sering digunakan oleh wanita selepas bersalin kerana kebaikannya yang dapat mengecutkan rahim.
 

LENGKUAS


Tumbuhan yang berumpun dan boleh mencapai ketinggian hingga 2.5 meter. Lengkuas boleh tumbuh di kawasan dataran rendah hingga ke kawasan tanah tinggi sekitar 1200 meter dari paras laut. Ia membiak melalui rizomnya iaitu batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Terdapat dua jenis lengkuas, lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan selalunya berwarna putih manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah yang lebih besar. Lengkuas memerlukan tanah yang bersaliran baik dan agak gembur untuk membantu pertumbuhan rizomnya.

Kegunaan:

Lengkuas mempunyai khasiat untuk membersihkan darah, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dalam jamu dan ubat atau produk kosmetik untuk menguatkan tenaga. Lengkuas juga dapat digunakan untuk menghangatkan badan. Lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin, mempermudahkan pengeluaran angin dalam badan, dan mengurangkan masalah senggugut.

HALIA

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.

DAUN KUNYIT

Dalam perubatan, kunyit digunakan sebagai anti-oksidan, anti-bakteria, anti-radang dan anti-kanser. Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka dalam badan, membersih dan menghalang pembekuan darah, melancarkan perjalanan darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selsema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan juga kudis.


LIMAU PURUT
Limau purut digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak anti-tumor atau pencegah kanser, limau purut juga berupaya merawat  luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah, selain dapat menghilangkan bau badan.
SERAI WANGI

Pokok ini lazim ditanam untuk kegunaan masakan. Selain penambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan. Dipercayai daunnya yang ditumbuk lumat apabila dipupuk pada dahi mampu meredakan sakit dan ketegangan kepala. Malah bisa-bisa badan atau sengal sendi-sendi mampu diubati melalui cara itu. Air perahan serai berkesan mengelak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Mereka yang tidak lawas membuang air kecil boleh minum air rebusan daun dan akar serai. Malah ia mencegah perut daripada kembung. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk syampu rambut serta mewangikan pakaian.


Khamis, 27 Oktober 2011

Keajaiban EMAS untuk KECANTIKKAN!!

Sejak dulu lagi, emas telah diiktiraf kemampuannya untuk mencantikkan kulit. Ini termasuklah potensinya untuk menambahkan seri wajah dan menyerlahkan kejelitaan seseorang. Emas juga telah menjadi rutin seharian masyarakat Mesir di mana Cleopatra sendiri menggunakan emas tulen bagi mengekalkan keremajaannya. Dalam bidang perubatan kuno masyarakat Cina pula, emas dianggap sebagai kunci keremajaan di mana ratu-ratu Dinasti Chiang juga menggunakan emas tulen pada wajah mereka setiap hari. Masyarakat Rom pula menggunakan emas dalam urusan seharian mereka termasuklah untuk rawatan pelbagai jenis masalah kulit. Begitu juga dengan masyarakat India, di mana emas dipercayai mampu melembutkan kulit dan menyerlahkan kejelitaan seseorang. Sejak era 20-an lagi, emas telah digunakan untuk memulih dan mengurangkan simtom rheumatiid arthritis. Ini terbukti apabila emas yang digunakan mampu mengurangkan reaksi radang pada pesakit.

Kebaikan EMAS:
Mengekalkan keremajaan kulit
Menambah keanjalan kulit
Menghalang proses penuaan kulit
Memperbaiki sel kulit rosak
Menghalang kerosakan kulit akibat cahaya matahari
Mengurangkan masalah kantung mata
Menyamaratakan tona kulit
Menjadikan kulit lebih lembut dan halus
Mencegah radikal bebas
Mencegah penuaan pra-matang
Melambatkan pelupusan kolagen
Mencegah dan membaiki kulit menggeleber
Mengurangkan radang kulit
Menegangkan kulit secara semulajadi
Melembutkan kontur mata
Merangsang pertumbuhan sel kulit
Bertindak sebagai penghalang sinaran matahari secara semulajadi
Mengurangkan insiden jeragat dan parut
Mengurangkan garis halus, kedut dan crow’s feet
Menyerlahkan seri wajah

Isnin, 26 September 2011

PERADUAN 'LIKE' FACEBOOK ERIESYA SPA HOLDING..!!!

PERADUAN 'LIKE' FACEBOOK ERIESYA SPA HOLDING..!!!

 DAPATKAN koleksi SPA BEAUTY SOAP dengan Peraduan “Like” Facebook Eriesya Spa Holding.
 1.Ajak seberapa ramai kawan-kawan anda untuk “Like” Facebook Eriesya Spa Holding, Sekiranya anda berjaya mengajak minimum 50 orang kawan, 1pcs Spa Beauty Soap akan diposkan kepada anda.
 2.Jika anda berjaya mengajak 100 orang, 3pcs Spa Beauty Soap menanti anda.
 3.Tiada hadiah sampingan sekiranya anda berjaya mengajak lebih ramai kawan.
 4.Pihak Eriesya Spa Holding, anak syarikat, wakil, agensi dan staff berhak menukar, menambah, membatalkan mana-mana terma & syarat pertandingan ini.
 5.Pemenang akan ditentukan berdasarkan profil, keseimbangan jumlah rakan dan“Like”. 
 6.Tempoh penghantaran akan ditentukan oleh pihak Eriesya Spa Holding.
 7.Peraduan ini akan dijalankan sepanjang tahun.
 8.Layak untuk warganegara Malaysia sahaja.

**Sertakan BUKTI yang anda sudah menyertai Facebook Eriesya Spa Holding .Sebagai bukti kawan anda telah menyertai facebook Eriesya Spa Holding, melalui anda, anda haruslah “PRINT SCREEN” di bahagian kanan fanpage Eriesya Spa Holding untuk menunjukkan berapa ramai kawan anda dan ‘SAVE’ dalam format JPEG. Upload gambar tersebut ke EMAIL KAMI eriesya_spa@yahoo.com sebagai bukti.

Rabu, 21 September 2011

Tips Kurus Badan


 badan secara selamat. Memang sebaiknya kita mencari cara menguruskan badan secara selamat.  Pelbagai bahan di jual di pasaran yang digunakankan untuk kurus badan,  tetapi adakah bahan kurus badan yang di jual itu selamat diamalkan? Mungkin mereka menjanjikan selamat.. Tiada kesan sampingan.. tidak berbahaya.. tetapi siapa boleh menjamin kesan jangka panjang pengambilan ubat-ubatan menurunkan berat badan tersebut?
Contohnya bahan yang kini amat popular yang dapat mengurangkan selera makan iaitu , ada sumber mengatakan  boleh mengakibatkan kesan pada hati jika diambil dalam jangka masa panjang. Jika ubatan mengunakan dadah seperti  dsb. pula memberi kesan pada otak dan pengambilanya hanya disyorkan dalam masa yang singkat sahaja dalam lingkungan 3 bulan jika tidak ia akan membawa kesan buruk.Tips Kurus Badan
Kali ini saya ingin menceritakan mengenai lecithin mungkin tidak ramai lagi mengetahui bahawa lecithin adalah bahan yang dapatdigunakan untuk kurus badan. lecithin selalunya diperolehi daripada extract soya.
Lecithin adalah gabungan choline, inosite dan  asid lemak. Lecithin ini sebenarnya adalah sumber mentah setiap sel dalam badan. Tahu tak orang kencing manis dan darah tinggi akan mengambil lecithin untuk menjaga kandungan darah mereka.
Kebaikan Lecithin
1. Membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi.
2. Lecithin  mengawal penggumpalan platlet darah/thrombus.
3. Baik untuk kecerdasan otak.
4. Mengurangkan risiko menjadi nyanyuk apabila tua.
5. Mengekalkan kelembapan  kulit.
6.Mengalakkan penyerapan vitamin yg larut lemak jadi lebih banyak vitamin dapat diserap (Vitamin A, D, E dan K).
7. Lecithin  merupakan pengemulusi yg bagus. Ia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecil.
8. Boleh diumpamakan sebagai pembakar yg membakar lemak dalam badan. Ini lah yang pentingnya untuk kurus badan.
9. Menggalakkan m e t a bolisme lemak dan mencegah hati berlemak. Apabila metabolisme anda meningkat jadi kuranglah lemak tersimpan ini juga faktor untuk kurus badan.
10. Mengawal kolestrol dalam darah.
11. Memberikan kulit yang lebih berseri dan menghilangkan kedutan.
12. Lecithin membantu memperbaiki kerosakan hati yang disebabkan alkohol berlebihan.
Jadi pada yang tengah mengamalkan diet apa kata menambahkan lecithin bersama diet anda di samping dapat kurus badan  ia juga dapat menjaga kesihatan anda. Yang penting ia tiada kesan sampingan walaupun di ambil lebih.
Ada juga lecithin yang ditambah vitamin e contohnya yang dikeluarkan oleh produk nutrilite iaitu Lecithin-E ini lagi bagus untuk kesihatan anda kerana kelebihan vitamin  E tersebut.
Jadi apa kata anda mencuba lecithin sebagai bahan untuk kurus badan disamping kurus badan, baik untuk kesihatan dan mental anda. Bukan sahaja dapat jaga badan dapat juga menjaga kesihatan. Selamat 

Bila Parti Di Jadikan Sebagai MOVIE

Pengertian Kosmetik

Kosmetik adalah bahan atau sediaan yang dimaksudkan untuk digunakan pada bagian luar tubuh manusia (epidermis, rambut, kuku, bibir dan organ genital bagian luar) atau gigi dan mukosa mulut terutama untuk membersihkan, mewangikan, mengubah penampilan atau memperbaiki bau badan atau melindungi atau memelihara tubuh pada kondisi baik. 

Jumaat, 16 September 2011

Layari Website Kami Di http://kilangkosmetik.webs.com/

Dengan imej yang tersendiri Syarikat AGY Biotech Sdn Bhd telah berjaya membuka empayarnya di Sungai Petani, Kedah iaitu pada penghujung 2009. Sebagai satu usaha ke arah perniagaan dinamik, syarikat mula bersifat perspektif dan yakin terhadapPerindustrian Produk Kosmetik & Dandanan Diri ini, bahawa ia akan selari dengan syarikat-syarikat yang berpengaruh dan mempunyai cara yang komprehensif ke arah pembangunan perniagaan maju.

Bermula dalam era kebangkitan teknologi tinggi di dalam menceburi bidang Perindustrian Produk Kosmetik & Dandanan Diri syarikat juga telah bersatu meredah segala cabaran demi mengejar era kemajuan sistem perniagaan termaju masa kini. Dengan mengorak langkah berani dengan menjulur semangat inovasi, dengan komitmen muncul dengan matlamat dan hala tuju yang sangat jelas mendukung semua inovasi tanpa menoleh kebelakang.

Dengan adanya R&D sendiri dan pelbagai kemudahan lain, AGY Biotech Sdn Bhd kini menawarkan Perkhidmatan Penjenamaan Sendiri bagi Produk Kosmetik & Dandanan Diri kepada sesiapa saja yang berminat. Kami turut menyediakan khidmat rundingan mengenai Penjenamaan, Formulasi Produk, Maklumat Produk dan Pembungkusan Produk.

AGY Biotech Sdn Bhd juga terlibat dengan Badan-badan Penyelidikan dan bekerjasama di dalam 'Research & Development' bagi Produk Kosmetik & Dandanan Diri yang berasaskan herba.Kami bersedia untuk menerima tempahan Produk khusus untuk dijenamakan kepada Jenama anda, Kelulusan Kementerian Kesihatan dan Sijil Halal disediakan. a>

PENGHASILAN PRODUK KOSMETIK BERASASKAN 24K GOLD


• Di zaman kegemilangan Ratu Cleopatra di Mesir, beliau menggunakan topeng emas untuk awet muda
Namun, rahsia kecantikan ini tenggelam dalam dunia moden sehinggalah diperkenalkan semula baru-baru ini.
Digunakan dalam produk kosmetik sebagai satu ramuan atau pigmen warna, emas kini bermanfaat untuk penjagaan kulit dan ramuan antipenuaan.

• Emas terbukti secara saintifik berkesan mengurangkan kedalaman kedutan. Ia meningkatkan keanjalan kulit dan memperlahankan penyusutan kolagen bagi mencegah kekenduran kulit.

• Emas juga merangsang pertumbuhan sel lapisan dasar kulit untuk memastikan pertumbuhan semula sel kulit yang sihat, tegang dan awet muda.

• Ia membersihkan kulit daripada kotoran, habuk dan daki selain membantu menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit segar sepanjang hari.

• Sesuai untuk kulit kering. Ia lembut pada kulit kerana tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali mencuci muka.

AGY BiOTECH adalah kilang yang bertaraf GMP baru2 ini telah berjaya melakukan penyelidikan dan kini MAMPU mempelbagaikan keluaran produk dari sumber leburan EMAS.

Di antaranya adalah Moisturizer GOLD (24K)/ Scrub GOLD/ Toner GOLD/ Collagen GOLD/Cleansing Gel + GOLD + ROSELLE/Cleansing Gel + GOLD.

Anda ingin mendapatkan nya bagi Keluaran JENAMA Anda Sendiri??
Hubungi KAMI Di 044255535 @ email ke agybiotech@gmail.com SEKARANG!!