Khamis, 27 Oktober 2011

Keajaiban EMAS untuk KECANTIKKAN!!

Sejak dulu lagi, emas telah diiktiraf kemampuannya untuk mencantikkan kulit. Ini termasuklah potensinya untuk menambahkan seri wajah dan menyerlahkan kejelitaan seseorang. Emas juga telah menjadi rutin seharian masyarakat Mesir di mana Cleopatra sendiri menggunakan emas tulen bagi mengekalkan keremajaannya. Dalam bidang perubatan kuno masyarakat Cina pula, emas dianggap sebagai kunci keremajaan di mana ratu-ratu Dinasti Chiang juga menggunakan emas tulen pada wajah mereka setiap hari. Masyarakat Rom pula menggunakan emas dalam urusan seharian mereka termasuklah untuk rawatan pelbagai jenis masalah kulit. Begitu juga dengan masyarakat India, di mana emas dipercayai mampu melembutkan kulit dan menyerlahkan kejelitaan seseorang. Sejak era 20-an lagi, emas telah digunakan untuk memulih dan mengurangkan simtom rheumatiid arthritis. Ini terbukti apabila emas yang digunakan mampu mengurangkan reaksi radang pada pesakit.

Kebaikan EMAS:
Mengekalkan keremajaan kulit
Menambah keanjalan kulit
Menghalang proses penuaan kulit
Memperbaiki sel kulit rosak
Menghalang kerosakan kulit akibat cahaya matahari
Mengurangkan masalah kantung mata
Menyamaratakan tona kulit
Menjadikan kulit lebih lembut dan halus
Mencegah radikal bebas
Mencegah penuaan pra-matang
Melambatkan pelupusan kolagen
Mencegah dan membaiki kulit menggeleber
Mengurangkan radang kulit
Menegangkan kulit secara semulajadi
Melembutkan kontur mata
Merangsang pertumbuhan sel kulit
Bertindak sebagai penghalang sinaran matahari secara semulajadi
Mengurangkan insiden jeragat dan parut
Mengurangkan garis halus, kedut dan crow’s feet
Menyerlahkan seri wajah