Selasa, 17 Julai 2012

KHASIAT KULIT KAYU MANIS


Ketahuilah anda mengenai khasiat kulit kayu manis kepada kesihatan kita meskipun kegunaannya lebih banyak tertumpu kepada masakan orang Asia. Selamat membaca :)




·         Teh - Rendam 1/4inci kayu manis (0.6cm) yang ditumbuk separuh lumat dalam 1 cawan air panas selama 10 hingga 20 minit. minum 1 cawan teh itu setiap kali sebanyak 3 kali sehari.
·         Air Rebusan – Rebus 30 gram kulit kayu manis dengan 2 cawan air sehingga isipadu air berkurang kepada 3/4 daripada isipadu asal. Kemudian bahagikan air itu kepada 3 bahagian agar boleh diminum 3 kali sehari.
·         Kapsul - Masukkan serbuk dalam kapsul bersaiz satu. Ambil satu hingga dua kapsul setiap kali sebanyak 3 kali sehari.
·         Serbuk - Makan 1/2 camca serbuk bersama air suam setiap kali 3 kali sehari.
·         Luaran - Larutkan tidak melebihi 5 titik minyak esen dalam 15ml (1 camca makan) minyak pelarut yang diektstrak daripada sayur-sayuran. Kemudian sapu pada tempat yang berkenaan mengikut keperluan.


Khamis, 2 Februari 2012

Apa Itu Apple Stem Cell?

APA ITU STEM CELL?
Stem Cell boleh didapati dari tali pusat bayi yang baru dilahirkan, juga dari sel organ dan sel sumsum tulang manusia. Darah di dalam tali pusat bayi adalah sumber sel stem yang sangat bernilai dan secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarganya sahaja. Stem cell juga boleh diambil dari sel haiwan seperti arnab.

Namun, penyelidikan tentang stem cell semakin giat dijalankan oleh saintis dunia dan akhirnya kini stem cell tidak lagi diambil dari stem manusia atau haiwan, tapi diambil dari buah-buahan, dan buah yang paling popular dan paling banyak digunakan untuk menghasilkan stem cell ialah BUAH EPAL.

APA ITU APPLE STEM CELL?

Di Switzerland rata-rata penduduknya mengamalkan memakan sejenis buah epal diberi nama Uttwiler Spatlauber yang membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan. Buah epal Uttwiler Spatlauber ini sangat istimewa kerana ia berupaya kekal segar dalam tempoh 6 hingga 8 bulan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk. Lebih menarik buah ini kaya dengan phytonutrien, protein dan mempunyai sel hidup yang tahan lama.

Apple Stem Cell berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit.

Apple stem cell ini juga berupaya memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan penyakit sendi.

Apple stem cell mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan disamping menggalakkan penghasilan sel baru. Ia juga boleh membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).

Ini kerana, menurut hasil kajian epal bukan sahaja dianggap sebagai bahan antioksida malah ia juga mampu mencegah penyakit barah. Secara tidak langsung ia boleh menghalang sel dalam badan daripada mengalami kerosakan dan mematikan bahan radikal bebas yang berbahaya.

Buah epal juga mengandungi elemen kesihatan ohytonutrient yang boleh melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Selain itu, buah epal turut memiliki khasiat tersendiri yang bertindak mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan. Ia juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Apple stem cell sememangnya berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar disamping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.

Ahad, 8 Januari 2012

MAHKOTA DEWA: Atasi Penyakit Kulit

Mahkota dewa atau nama saintifiknya Phaleria macrocarpa atau nama lain Phaleria papuana boleh dijumpai di halaman rumah sebagai tanaman hiasan atau juga di kebun-kebun sebagai tanaman peneduh.

Ia dikatakan tumbuh subur di tanah gembur dan subur pada ketinggian 10 hingga 1,200 meter dari paras laut. Pohonnya tumbuh menegak dengan ketinggian satu hingga 2.5 meter. Pokoknya juga boleh mencecah jangka hidup sehingga puluhan tahun.

Bagaimanakah rupanya?


Daun mahkota dewa adalah dari jenis tunggal, letaknya berhadapan, bertangkai pendek, hujung dan pangkal daun runcing, tepinya rata, permukaan daun licin dan daunnya berwarna hijau tua.

Bunganya keluar sepanjang tahun dan letaknya tersebar di batang, berukuran kecil, berwarna putih dan harum.

Buahnya berbentuk bulat dan permukaannya licin. Ketika muda buahnya berwarna hijau dan bertukar merah setelah masak.

Isinya berwarna putih, berserat dan berair.

Bijinya pula berbentuk bulat, keras dan berwarna coklat.



Bahagian yang boleh digunakan pada tanaman ini untuk dijadikan ubat ialah bahagian daun, isi dan kulit buahnya. Daun dan kulit buah boleh digunakan secara segar atau yang telah dikeringkan, sedangkan isi buahnya digunakan setelah dikeringkan. Bijinya pula beracun, dimana buahnya jika dimakan mentah boleh menyebabkan bengkak di mulut, mabuk dan boleh menjadi kejang sehingga pengsan.

Khasiat-khasiatnya

Kulit buah dan isi buah dikatakan boleh digunakan untuk merawat psoriasis dan jerawat. Manakala daun dan bijinya pula dikatakan boleh digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema dan gatal-gatal.

Kajian juga mengatakan bahawa daun dan kulit mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin, flavonoid dan juga polifenol. Selain itu ia mengandungi zat antihistamin yang diketahui merupakan penyembuh alahan. Ia juga mengandungi khasiat yang menghilangkan gatal dan anti kanser.

Mahkota dewa juga dikatakan mampu merawat demam selesema, reumatisme dan juga kanser rahim peringkat akhir. Walaubagaimanapun, penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah yang boleh memudaratkan kesihatan diri.


Sumber: Foto (Google)

Norsuraya Desa. (2008). 1001 Misteri Alam. Selangor: Buku Prima Sdn. Bhd.